Lawatan Kerja | Menteri Luar China adakan lawatan 2 hari ke Malaysia

2022-07-11 3

Menteri Luar China, Wang Yi akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini.

Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan, kali terakhir Yi yang juga penasihat negara berkenaan mengadakan lawatan rasmi ke negara ini adalah pada dua tahun lalu.